WhiteloveR

Semoga daku akan mendapat hidayah-Mu dan kembalikanlah daku ke jalan kebenaran

Subscribe

~~ Semester Pertama Sesi 2009-2010

Posted by whitelover on 25 June 2009


~~~
Assalamualaikum WBT





TAWARAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SEMESTER PERTAMA SESI 2009-2010

Dengan sukacita dimaklumkan bahawa anda ditawarkan masuk ke Universiti Putra Malaysia untuk mengikuti program berikut:-


Program : BACELOR SASTERA (PENGKHUSUSAN BAHASA & LINGUISTIK MELAYU)

Klasifikasi : BONGSU

Fakulti : FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

No. Matrik : ******

Tawaran di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat di Lampiran TM1. Sekiranya anda menerima tawaran ini, sila lapor diri pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:-


Tarikh : 27 JUN 2009 Masa : 9.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG

Tempat : KOLEJ KEEMPATBELAS
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM SERDANG, SELANGOR



Bayaran : RM 2,225.00 (semester)



err..jauhnya daku tersasar (sengaja-ngaja menyasarkannya..hahaha)..xpa2..mari kita mencuba perkara terbaru pulak yap~
blogger-emoticon.blogspot.combapok jauh k14 dari kekawan..heh!
mari kita bertolak ke sana reramai..

~~~

~ Selamat Hari Bapa

Posted by whitelover on 21 June 2009

~~~

Assalamualaikum WBT


Ayahanda
Anakanda masih memerlukan petunjukmu,
ke jalan kebahagiaan dunia dan akhirat,
masih memerlukan nasihat darimu,
untuk menunjukkan arah padaNya,
terima kasih atas segalanya,
sedari kecil hingga kini,
jasa ayahanda akan anakanda kenang,
kerana kau adalah ayahku..

~~~

ps: guna gmbr edit sndri, ngada2 tol..haha

~~ Tag & Award (dari sahabat2 blogger)

Posted by whitelover on 15 June 2009


~~~

Assalamualaikum WBT

Yep.. Terima kasih kepada Ezzaty, Marjan, dan Masyitah kerana kalian sudi mudi tag dan bagi award yep.. Er, Marjan, daku xde gambar time kecik-kecik laa.. Maaf. Sila la yep jenguk menjenguk. Moh kita tengok soalan-soalan tag dan award tersebut.. Terharu saya, heh~ Ting! :)



- Award dari Evi Lolyta -


To Evi (Eda) thanx bagi award pada saya yep..nanti saya sharekan award kamu ini kepada kekawan saya yep. Kepada kekawan daku, terima la whitegreen award dari daku..hee~

Penerima anugerah seterusnya:

- Abby
- Alia
- Asma
- Wani Law
- Rohana
- Shark
- Zul
- Ros-lan
- K. Niza
- K. Ijja
- K. Freshie
- Masyitah
- Qalam Aisyiq
- Marjan
- n semua orang! (tamaknya)



- Tag dari Marjan -

Thanx utk Marjan kerana sudi sharing2 tag bersama saya..tq banyak-banyak..hee~

1. Sila pamerkan gambar anda ketika kecil
2. Sila perihalkan gambar tersebut
3. Tika ini anda merupakan anak yang ke berapa dalam keluarga
4. Perihalkan tingkahlaku/tabiat/pe’el/perangai anda waktu itu
5. Kongsikan tag ini bersama rakan anda (maksimum 15 orang)

Ark! Xde gambar la sayang Marjan..hee~ Takpa2 saya try jawab via maya aje la yep..

Jawapan untuk soalan 1 : Oh..Lahir di K.Trg, 24 march 1987, 520am..

Jawapan untuk soalan 2 : Oh..Xde gambar lep..heh

Jawapan untuk soalan 3 : Tika ini saya anak ke tujuh dari tujuh beradik

Jawapan untuk soalan 4 : Erm. Perihal yep.. Makan tido makan tido. Bila kenyang tido, bila lapar bangun, mengada2, gemuk, kurus, bleh tido di mana-mana saje, DLL, heh~

Jawapan untuk soalan ke 5 : Aisey..15 orang? Ramai tu. Xpe la. Sapa-sapa rajin jawab so jawab yep..~~






- Award dari Masyitah -

To Masyitah, thanx banyak2 tau, kamu sudi bagi award ini kepada daku yep..tq banyak-banyak kay~ :)


Award Friends dari Masyitah. Wow. Kami just kenal-kenal via blog & dari ili (krew articel dari ili).. Terharu seketika. Cewah. Terima kasih di atas award anda. Apa-apa pun keep in touchaa yep.. Nice to meet yaa~ Harap-harap leh la jumpa kamu jika ada ili wat event apa-apa yep..hee~ Bertambah kekawan daku..





- Award dari Ezzaty -

To Zaty, oh thanx sudi bagi award ni pada saya kay, tq banyak..hee~


Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.

1. Junior saya masa sekolah dulu-dulu
2. Junior saya untuk kelab pembimbing rakan sebaya (PRS)
3. Lebih tinggi dari saya agaknya
4. Amik PMR tahun ini yep
5. Sungguh banyak widget2 dalam blog nye..hehe

Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sndiri sebelum memilih.

1. Mempunyai keluarga yang bahagia
2. Suka surf internet (kalau boleh nk surf 24hr)
3. nickname whitelover+ams+az_ams
4. Suka pada design tapi bukan terlalu addicted
5. Melayan cite Boy Over Flowers
6. Nak collect barangan BUM (jika termampu)
7. Sedang collect manga Boy Over Flowers
8. Kadang-kadang Insomnia
9. Benci pada provoke memprovoke
10 . Makan tapi x gemuk-gemuk..fuyyoh (makan x bismillah r tuh,hish)

Anda perlu memilih 10 penerima award dan describe tentang mereka.

1-10 : Semua kekawan blogger yang disayangi selalu..Oyeh~



~~~

~~ Pemakanan Penentu Perwatakan?

Posted by whitelover on 13 June 2009

~~~
Assalamualaikum WBT

Ini hari mau bersuka suki bersama game jawab menjawab. Sape-sape yang rajin sila jawab. Sape-sape yang x rajin sila jawab jugak. X kira r (kes paksaan).. Hahak! Pemakanan penentu perwatakan? Mungkin ya, mungkin tidak. Anda cuma jawab samada A@B@C@D. 1 soalan 1 jawapan yep. UP : Hanya untuk suka-suka saja. Ramalan mungkin tepat mungkin hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan yang hidup atau yang telah tiada. Harap Maklum... Sila teruskan pembacaan.. Sila sila sila sila dan silala..




Bila game bermula.....




1- Apakah menu sajian anda pada waktu pagi?
a. Telur & roti bakar
b. Bijirin
c. Tat (telur, buah-buahan, dll)
d. Tak makan apa-apa

2- Pilih satu jenis sarapan yang anda inginkan :
a. Telur & roti bakar
b. Lain dari menu ini
c. Tat (telur, buah-buahan, dll)
d. Kek

3- Semasa makan tengahari, anda :
a. Tak makan kerana terlalu sibuk bekerja & takut menjadi gemuk
b. Makan apa yang anda idamkan sejak pagi tadi
c. Makan makanan yang dibawa dari rumah
d. Ikut kawan-kawan & makan apa mereka makan

4- Kawan jemput merasa makanan mereka, anda :
a. Ambil segigit kerana anda kelaparan
b. Ambil segigit kerana takut dia kecil hati
c. Menolak kerana nak jaga badan
d. Makan berlebihan tanpa rasa malu

5- Jika bakal teman lelaki/wanita anda mempersembahkan 1 hidangan, anda idamkan :
a. Sekeping biskut
b. Sebiji epal
c. Sepotong pizza
d. Lobak merah

6- Anjing @ kucing anda meminta makanan, anda beri :
a. Biskut anjing/kucing
b. Kek
c. Tak beri apa-apa, hanya membelai kepalanya
d. Tak beri apa-apa & menghalaunya

7. Dalam mimpi, anda berada di restoran terbaik dunia. Anda akan order :
a. Semua yang tertera di dalam menu
b. Hidangan salad terbesar
c. Stik terlazat
d. Pencuci mulut paling mahal

8- Anda terdampar di sebuah pulau tropika. Makanan yang terdampar bersama ialah :
a. Buah-buahan & sayur-sayuran
b. Daging & kentang
c. Ais krim, coklat & kek
d. Makanan cina

9- Semasa bayi, ibu anda sering memberi anda :
a. Bijirin bayi
b. Brokoli
c. Biskut
d. Sebotol susu sahaja

10- Semasa anda berumur 6 tahun, ayah anda sering memberi anda :
a. Pizza
b. Spegeti
c. Gum getah
d. lobak merah







Markahnyaaa -->






Jawapannyaaa -->


Markah 12-20 :
Anda seorang pemalu & kurang senang dengan kehadiran orang lain. Seorang yang bijak tapi tak mahu menonjolkan bakat anda. Punyai hati yang pemurah & berjiwa seni. Meminati lagu & filem jiwang & cintan. Anda lebih rela berseorangan di rumah. Selalu alami kekecewaan & putus cinta. Punyai perasaan memberontak tapi tak berani menyuarakan pendapat.

Markah 21-30 :
Tempuhi pelbagai rintangan untuk capai kejayaan. Sentiasa berhadapan kerenah manusia & percintaan yang penuh dugaan. Dengan tenang walaupun dalam situasi kucar kacir, anda dapat mengawal keadaan dengan menjadi pemimpin. Hubungan cinta anda pendek & mengecewakan kerana harapan terhadap pasangan terlalu tinggi. Minat sukan & aktif dalam sukan.

Markah 31-42 :
Bersikap tenang serta pentingkan kasih sayang & persahabatan. Suka seni & sastera. Anda suka aktiviti luar yang lasak & merbahaya. Cepat cemburu dengan kebijaksanaan & rupa paras@kecantikan orang lain. Menjaga ibu bapa sebaik mungkin walaupun mereka sering buat anda marah. Ramai yang anggap anda seorang yang boleh dipercayai & berkongsi masalah.

Markah 43-53 :
Anda rasa tak cukup masa dalam sehari nak siapkan kerja. Ramai yang anggap anda bercirikan pemimpin & anda gunakan peluang tersebut untuk maju ke hadapan. Anda tak peduli kata orang & tak malu melakukan perkara tak senonoh di khalayak ramai. Punyai semangat cinta yang berkobar-kobar & sentiasa bertenaga membuatkan teman-teman tak sanggup menurut permintaan anda.





ps : terjumpe dlm utopia (dulu suke kolek utopia sbb blh baca katun The Fishes,heh)

~~~

~~ Family

Posted by whitelover on 02 June 2009

~~~
Assalamualaikum WBT


Corat coret diri daku..Urm malam tadi calling2 dengan kekawan tapi lewat dalam pukul 4 kot..Lupa la..Pukul 620 am tadi anta bonda & ayahanda pergi airport sampai pukul 830 am duk lepak sana. And still now la x tido lagi..haiya~ problem makin parah dah nih..haha~ Tido2 gih~ kamu ini mekwa bawak2 la tido. Hish..

Bonda & ayahanda sayerrr~ :)

~~~

~~ Family dan Teman

Posted by whitelover on 01 June 2009


~~~
Assalamualaikum WBT


1. 04 Jun 1984 ( K. Ayu - Hedayu Taib )
2. 12 Jun 2005 ( Register KUSZA dulu-dulu..heh3 )
3. 14 Jun 1987 ( Ayie - Mohd Ansori Sakor )
4. 16 Jun 1986 ( Yuu - Nurul Syuhada )
5. 18 Jun 1987 ( Izzah - Nurul Izzah Alias )
6. 19 Jun 1974 ( Krol - Khairul Hasanin Shamsuddin )
7. 21 Jun 1988 ( Eda - Evi Lolyta )


ps - any penambahan? sila2 ye..uhlala~~ :)
kalu tarikh@nama cilap mintak maaf ek kekawan..ting ting ting~


Saeng-il Chukahaeyo!!

~~~


~~ Penyakit sosial

Posted by whitelover on 31 May 2009


~~~
Assalamualaiakum WBT



Penyakit sosial memang banyak. Masalah sosial kalangan kita lagi banyak. Beberapa istilah penyakit sosial :

1. Antistic Disorder - Adalah gangguan perkembangan yang memiliki tanda-tanda seperti suka menyendiri, susah untuk bergaul dan berkomunikasi. Individu yang berhadapan dengan masalah ini sukar untuk berbual dengan panjang lebar malah ada juga yang langsung tidak suka bercakap.

2. Oedipus Complex - Menurut ahli psikologi Sigmund Freud (oh lme xsebut name nih..haha), masalah ini berkaitan dengan perasaan si anak yang jatuh cinta terhadap ibunya. Namun perasaan tersebt terhalang kerana kehadiran si ayah. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan perasaan tersebut akan beransur hilang seiring kematangan usia si anak. Bukan anak lelaki sahaja yang boleh berhadapan dengan masalah ini. Ada juga anak perempuan yang jatuh cinta terhadap ayahnya sendiri (Electra Complex).

3. Psychopath - Antisocial personality. Individu yang memiliki masalah ini tidak semestinya bersikap kasar atau ganas. Sebaliknya mereka sering dilihat sebagai individu yang berkarisma dan bijak berbohong. Mereka tidak mempunyai rasa bersalah jika menyakiti hati orang lain. Mereka juga seolah-olah tidak memiliki emosi sedih atau rasa kehilangan dalam diri.

4. Paranoid - Mengharapkan diri mereka diperlakukan sesuatu yang tidak baik oleh orang lain. Individu yang berhadapan dengan masalah ini selalu mencari tanda-tanda yang mencurigakan dan sangat sukar mempercayai orang lain.

5. Narcissistic Personality - Individu yang memiliki sikap terlalu egois dan hanya mementingkan dirinya sendiri. Selalu menginginkan dirinya dipuji oleh orang lain dan beranggapan bahawa semua orang terlalu mengagumi dirinya.



err..provoke x di masuk sekali..haha..sapa-sapa yang suka provoke siap sedia karena daku akan sediakan bala tentera untuk menghantar bom atom..hee~ blogger-emoticon.blogspot.com

*sumber dari remaja-dis-2006


~~~

~~ Who would you prefer

Posted by whitelover on 22 May 2009


~~~
Assalamualaikum WBT


(Ingatan : entri ini untuk suka suki yaa~)


A person with a big heart but has no money?
Or a person with money but thinks that he/she can buy love?




beta nak kaut dua-dua..haha..tamaknya~ (mekwa..jgn tamak)


blogger-emoticon.blogspot.com

~~~

~~ Suka Suki Photo Shopi

Posted by whitelover on 20 May 2009

~~~
Assalamualaikum WBT





eheh~ k.freshie saya uploadkan version yang kaler..k.ijja, nanti k.ijja ley komen lgi version kaler~..haha..(malu nye saya)


blogger-emoticon.blogspot.com
~~~

~~ Teman sejati makin pupus agaknya

Posted by whitelover on 15 May 2009


~~
Assalamualaikum WBT


Teman sejati semakin pupus? Betul ke? Mungkin la kot..

Mengenai diri kamu dan juga untuk diri ini yang sememangnya sedar akan kesilapan ketika bersama teman-teman. Kenapa susah untuk kita mendapatkan teman sejati? Makin pupus agaknya yang yang betul-betul dianggap teman sejati. Bila senang kita ditinggalkan. Bila susah kita dicari kembali. Bak kata orang, bersahabatlah dengan hati kita dahulu berbanding bersahabat dengan hati orang lain. Dalami & selami hati diri sendiri dahulu sebelum dalami & selami hati orang lain. Apa terjadi jika hati kita kurang ‘bersih’. Bila kurang ‘kebersihannya’ sudah semesti sentiasa berfikiran negatif terhadap orang lain. Memburuk-burukkan orang lain. Sentiasa memandang serong terhadap orang sekeliling. Untuk apa melakukan perkara demikian. Adakah anda ingin menjadi seorang provokasi? Mungkin kita tidak sedar beberapa perkara yang mendorong kita ke arah mem’provoke’ sesuatu. Berkira-kira dahulu adakah kita ini tergolong dalam ‘kumpulan para provokasi’ (hehe). Adakah diri kita ini seorang penghasut? Suka menjatuhkan orang lain? Gemar membangkitkan kemarahan orang lain? Menjatuhkan orang lain? Sengaja membesar-besarkan masalah? Apa faedahnya yang akan kita dapat jika melakukan perkara tersebut. Apakah balasan yang akan kita dapat bila kita lakukan perkara tersebut. Pahala @ dosa? Jadikanlah diri kita sendiri dahulu sebagai teman sejati. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan teman sejati yang betul-betul sejati. Insyaallah. Amin.
"dan mohonlah ampun kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (an-nisaa' : 106).

~~~

~~ Nephew ke Institut Jantung Negara

Posted by whitelover on 12 May 2009


~~~
Assalamualaikum WBT


Suka suki menulis title IJN berkenaan ya. Al kisah, my nephew (masuk 20-an dh, hahaha..) pukul 8 pm tadi selamat la sampai di IJN. Tidak diketahui samada operate @ hanya check jek. (tapi kalo x silap ari tu dgr2 kena operate..uu~). Tak ingat la pulak bila dia kena..hoho~ moga-moga xda apa.. amin..
updatedddd : nephew oprte 19 Jun 2009 nih..err~

~~~

~~ Konvokesyen + Scroll

Posted by whitelover on 10 May 2009


~~~
Assalamualaikum WBT

Haihh~.. Kapankah. Kapankah. Kapankah agaknya pakai jubah konvo + mortar + pegang scroll + bunga + hahaha~.. Kelu beku tengok budak-budak POLISAS konvo baru-baru ni. Syahdu tengok bonda ayahanda diorang betul-betulkan jubah nak bagi kemas lagi. Tertunggu-tunggu kami warga U**.. Bonda ayahanda kita sure gembira bila tengok anak-anak diorang pegang scroll kan. Semestinya bangga. Tapi begitula keadaannya bila menunggu sesuatu bukan mudah dimiliki dan sentiasa menjadi tanda tanya. Adei~.. Tapi lagi kesian batch-bacth dulu tunggu bertahun-tahun (maybe diorang dah abih @ nak abih dh amik dgree..hahaha~). Pedis-pedis tengok dak2 polisas dengan jubah. Banner & bunting gantung sana sini. Sakit mataaaa!! Arghh!! Geramnye, haaa!! (ams bermasalah tol la..hish~) Hahahaha.. Masihkah ada kesempatan untuk pakai jubah berkenaan? Tidak dapat dikenal pasti. Letis menunggu~~ :)

~~~


- vocab -
Kapan - Bila
Pedis - Pedih
Letis - Letih
(siap ada vocab..hoho~)


ps : haa..tadi pegi amik trnskrip n sjil dip, so tnya la kat akak jga kaunter kt akdmik. die kte konvo lam thn nih tp tatau bile..hahaha~ ye ke?



~~ Selamat Hari Ibu

Posted by whitelover on 09 May 2009


~~~
Assalamualaikum WBT



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


~~~

Subscribe to: Posts (Atom)